Tukang Taip

Kuala Kangsar, Perak, Malaysia

Wednesday, 30 November 2011

Belajar Main Bowling : Teknik A-Z

Gaji SBPA 2012 : Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam.

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Tuesday, 29 November 2011

Selamat Tinggal 2011 dan Selamat Datang 2012...

Takwin Penggal Persekolahan Tahun 2012

Cuti Peristiwa & Cuti Berganti Tahun 2012

Family First...

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, 
"Satu dinar yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu maka yang paling besar pahalanya ialah dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu". (HR Muslim).

Sunday, 27 November 2011

Santai @ Riverside Resort, Sg. Perak, Kuala Kangsar

Lahir kat Kuala Kangsar....Tp umur dah 3 tahun baru berpeluang jadi 'model' kat sg. perak...hehe..


Tengok air sungai jap...walaupun airnya  tak jernih...tp mengalirnya membawa seribu manfaat kpd kita semua...Ya Allah aku bersyukur kpdMu...
Jom kita masuk dalam...sy nak gi Reunion mama saya ngan kawan2 sekolah dia...akhirnya slps 16 thn... Reunion Batch 1995 RMM...

Bersama abah dan mama saya...

Pertandingan Pakaian Beragam...sy tak plan pun nak masuk...tp tiba2 je teringin lak...sy nak test tengok...adakah sy mempunyai cukup keberanian...Yes!...akhirnya terbukti...sy seorang yg berani...hehe...


Gaya seorang 'juara'..tp sy tak menang pun...gara2 hakim yg tak profesional or sy je yg syok sendiri...hehe...


Pertandingan mewarna ler pulak...sy satu2nya peserta yg tak sempat siap dan tak hantar...hehe..





Dapat hadiah untuk kuiz...dan mama sy pula dapat Anugerah Pakaian Paling Bergaya (Perempuan)... Lain kali nak suruh mama pakai jubah muslimah lak..mesti lagi bergaya..:)



Bye2...jumpa lg...



7 Sunnah Rasulullah SAW

Kisah 5 Perkara Aneh...

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya,

Lagu Untuk Ibu...

Saturday, 19 November 2011

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

JUBAH IBU

Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu.. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.