Tukang Taip

Kuala Kangsar, Perak, Malaysia

Thursday 9 February 2012

Rayyan masuk suratkhabar...



SETIAP kanak-kanak mempunyai impian untuk memiliki barangan yang mereka inginkan. Begitu juga dengan kanak-kanak yang menghuni wad di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL). Biarpun terpaksa bergelut dengan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi, namun keinginan mereka tidak berbeza dengan kanak-kanak yang sihat lain.
Malah, perasaan sebak meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendekati dan melihat sendiri keadaan fizikal kanak-kanak yang dihidapi penyakit seperti kanser, leukemia serta masalah pernafasan.
Namun pada hari itu, keriangan terpancar di setiap wajah kanak-kanak tersebut walaupun berada dalam kesakitan. Keceriaan itu terbit saat menyambut kedatangan rombongan daripada pihak syarikat minyak dan gas, BP, yang membawa pelbagai hadiah untuk mereka.
Syarikat BP yang buat julung kalinya mengadakan program The Wishing Tree - Gift of Smile bersama HKL nyata membuatkan kanak-kanak berkenaan kelihatan gembira.Mereka menerima hadiah berupa peralatan persekolahan, baju, buku dan alat permainan.
Dalam pada itu, kira-kira 100 kanak-kanak yang hadir ditemani dengan ibu bapa masing-masing menerima pelbagai hadiah itu.
Pengarah Pusat Perniagaan Perkhidmatan Asia, Angelica Lim berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada program khidmat sosial syarikat tersebut.
“Kami prihatin tentang penderitaan kanak-kanak itu dan ingin menceriakan golongan tersebut yang terpaksa berjuang dengan penyakit yang dihidapi. Untuk itu, kami seluruh warga kerja BP sedaya upaya memenuhi segala impian kanak-kanak itu setakat yang termampu.
“Walaupun tidak mampu membantu mengurangkan kesakitan dan keperitan kanak-kanak ini tetapi diharapkan sumbangan hadiah tersebut sekurang-kurangnya menyuntik keceriaan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di IPHKL baru-baru ini.
Dalam majlis tersebut, kanak-kanak berkenaan dijamu dengan aneka sajian dan dihadiahkan dengan beberapa bungkusan hadiah.
Sementara itu, seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun, T. Letchuman berasa teruja apabila menerima hadiah berupa barangan permainan.
“Saya tidak sangka akan menerima hadiah ini. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada BP,” ujarnya.
Pakar Pediatrik HKL, Eri Juraidah menyatakan, beliau amat besar hati kepada pihak BP atas sumbangan yang diberikan.
Menambahkan lagi kegirangan kanak-kanak itu ialah apabila BP turut membawakan maskot Upin dan Ipin untuk meluangkan masa bersama mereka.
Rayyan n mamanya...

Tuesday 31 January 2012

Kisah Saya Buat Duit RM 50 Dalam 24 Jam..

Salam sejahtera sahabat...


# Mahukah anda menjana pendapatan sampingan?


# Mahukah anda jika saya tunjukkan cara buat duit RM 50 pertama dari internet?


# Mahukah anda jika saya kongsikan bagaimana buat duit melalui internet dalam tempoh 24 jam?


# Mahukah anda jika saya tunjukkan bagaimana memulakan perniagaan internet tanpa modal walaupun dengan poket kosong?


# Mahukah anda jika saya tunjukkan anda rahsianya?



Baru-baru ini heboh diperkatakan orang tentang teknik buat duit RM 50 Dalam 24 Jam yang baru dilancarkan..



Ianya sebuah laporan percuma yang mendedahkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan walaupun cuma poket kosong..



Saya dulu juga tak percaya ada teknik sebegitu, tapi selepas membacanya barulah saya mulai yakin bahawa dengan teknik yang mudah je, boleh dapat RM 50..



Paling best tak perlu bayar sesen pun!


Kini, saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat saya Affendi Hussin, kerana beliau sanggup berikan laporan bernilai RM 69 tersebut secara percuma sahaja..


Dan melalui laporan itu, saya dah pun berjaya menjana RM 50 saya diinternet..


Download sekarang di..

=>> http://www.hyperfanpage.com/hop.php?ref=marha5654


Jika anda nak menjana pendapatan seperti saya, maka laporan ini patut anda miliki..


Semuanya dibongkarkan satu persatu dan saya sungguh tak percaya beliau dedahkan secret ini secara percuma walaupun beliau sepatutnya menjualnya..


Klik Disini..


=> http://www.hyperfanpage.com/hop.php?ref=marha5654







Ikhlas,

MOHD RIZALMI  MOHAMED

Friday 20 January 2012

Marha Irdina @ Mewarna

Tempat : 383 Taman Bunga Raya      Masa : 3.30 pagi

Dina : Abah, abah.. ini yang Dina buat kat sekolah...(sambil menunjukkan buku mewarnanya)


Abah : Iye ke...cantiknya...Dina ke kawan Dina yang buatkan?


Dina : Dina ler (dengan intonasi yang agak marah)


Abah : Dina buat sorang2 ke ?

Dina : Iyeler... Dina buat kat sekolah...cikgu cakap kalau tak siap tak boleh balik...Arisya  (kawan Dina)
          tak siap tapi dia balik juga..

Abah yang masih kehairanan...berkata-kata dalam hati...betulke Dina ni...selalunya kat rumah tak pernah pula nak siapkan...mewarna sekejap...pahtu cakap penat...
Nak test ler si Dina ni...


Abah : Dina cuba Dina warnakan kakak ni...abah nak tengok...nnt kalu dah siap abah ambil gambar 
           tunjuk kat cikgu... ( guna nama cikgu sebagai motivasi hehe...)


Dina : Ok 


UJIAN MEWARNA


Waktu : 3.30 pagi-4.00 pagi       Tempat : Ruang Tamu         Pakaian : Seksinya...


Syyy...ujian sedang dijalankan...hehe...








Masa menjawab tamat...hasilnya...

100% hasil karya MARHA IRDINA...hanya dibantu dari segi pemilihan gabungan warna shj..

Abah : Pandailah Dina...Excellent..

Dina : ( Tersengih-sengih dengan muka bangganya...ahaks...)

Setelah sesi sembang2 selesai abah pun mula menyambung tidur...tinggallah Irdina bermain sorang2nya sehingga ke pukul 6.00 pagi sementara menunggu waktu untuk ke sekolah...





Tuesday 10 January 2012

Irdina @ Life as a Student.



Tarikh Masuk Sekolah  # 4 JANUARI 2012














Nama       # MARHA IRDINA BT MOHD RIZALMI
Mykid        # 080728080190
Tarikh Lahir # 28 JULAI 2008
Umur             # 3 Tahun 5 Bulan 7 Hari
Nama Bapa   # MOHD RIZALMI BIN MOHAMED
Nama Ibu        # IZATUL IFFAH BT MOKTAR
Cita-Cita            # 'Pilot' or 'Architect'
Impian                  # Menjadi anak solehah yang  berjaya di dunia & akhirat,
                              # Membawa abah & mama saya melancong ke seluruh dunia serta menunaikan umrah 
                                 setiap tahun. INSYA'ALLAH 
Saya dah pandai pakai stoking & kasut sendiri...
Saya dah siap, Jom g sekolah...
Hari ini mama yang hantar saya ke sekolah...
Dah sampai... Tengok kiri kanan dulu sebelum melintas...'Safety First'
Ya ALLAH...berkati diriku dan kedua ibubapaku...
permudahkanlah segala urusanku dalam menuntut ilmu
& jadikanlah aku  insan yang cemerlang di dunia & akhirat.
Ku melangkah dengan semangat...

Ya ALLAH penatnya...tetapi demi ilmu ku gagahi jua...
Selamat datang...Inilah sekolahku...TABIKA KEMAS TALANG HULU.
Assalamualaikum cikgu...saya dah sampai.
Simpan beg sebelum memulakan sesi pembelajaran.

One of my best friend...ARISYA

Sesi pembelajaran hari ini...macam biasaler...saya mesti duduk depan.

Insya'Allah cikgu...kegigihan mu mengajar ku mengenal  ABC, 123 & segalanya akan ku kenang...
MARHA IRDINA do your best...jadilah pelajar yang cemerlang di dunia & akhirat.AMIN.












Wednesday 4 January 2012

Thursday 29 December 2011

Tahniah Warga Farisian...You're The Best


Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata.

Seramai 34,271 atau 7.77 peratus daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3,408 pelajar berbanding 2010.


Ranking PMR 2011 SBP Malaysia Mengikut GPS

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik di Malaysia PMR 2011
  1. SM SAINS TG MUHAMMAD FARIS PETRA 1.0139  
  2. SM SAINS TELUK INTAN 1.0191 
  3. KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.0196 
  4. SM SAINS KUALA SELANGOR 1.02 
  5. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.0203 
  6. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.0241 
  7. SEKOLAH TUN FATIMAH 1.0252 
  8. SM SAINS SELANGOR 1.0263 
  9. THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.0264 
  10. SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.0273 
  11. SM SAINS POKOK SENA 1.0279 
  12. SM SULTAN ABDUL HALIM 1.0325 
  13. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 1.0327 
  14. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 1.0331 
  15. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.0334 
  16. SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.0336 
  17. SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.0373 
  18. SM SAINS MACHANG 1.0411 
  19. SM SAINS MIRI 1.0439 
  20. SBP INTEGRASI GOMBAK 1.0499 
  21. SM SAINS PASIR PUTEH 1.054 
  22. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 1.0549 
  23. SM SAINS BAGAN DATOH 1.0582 
  24. SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.0627 
  25. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.0678 
  26. SM SAINS KOTA TINGGI 1.07 
  27. SBP INTEGRASI SELANDAR 1.0724 
  28. SM SAINS REMBAU 1.0727 
  29. SM SAINS KEPALA BATAS 1.0746 
  30. SM SAINS LAHAD DATU 1.0759 
  31. SM SAINS LABUAN 1.0829 
  32. SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 1.0893 
  33. SBP INTEGRASI JEMPOL 1.0939 
  34. SM SAINS KUBANG PASU 1.096 
  35. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 1.1007 
  36. SBP INTEGRASI RAWANG 1.1084 
  37. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.113 
  38. SM SAINS KUCHING 1.1258 
  39. SBP INTEGRASI GOPENG 1.1464 
  40. SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.149 
  41. SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.1518 
  42. SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 1.155 
  43. SBP INTEGRASI KUANTAN 1.1824